Soalan Lazim

Saya berminat menyertai kNovasi2021. Bagaimana saya boleh mengakses aplikasi kNovasi2021?


Aplikasi kNovasi2021 boleh diperoleh dari laman sesawang kNovasi di pautan berikut: https://www.aktivukm.my/knovasi. Peserta perlu memuat turun aplikasi kNovasi2021 di komputer meja, komputer riba, tablet atau telefon pintar.




Bagaimana saya boleh memuat turun aplikasi kNovasi2021?


Peserta boleh mengimbas kod QR di bawah atau klik pada pautan berikut:
https://knovasi2021.glideapp.io/




Saya berminat menyertai Pertandingan Inovasi. Apakah yang perlu saya hantar untuk penyertaan?


Untuk menyertai pertandingan inovasi, peserta perlu menghantar
i. Abstrak pendek maksimum 300 patah perkataan.
ii. Video berdurasi 3 minit.




Saya berminat menyertai kNovasi2021. Apakah pakej yang disediakan?


Terdapat LIMA pakej disediakan iaitu:
Pakej A adalah gabungan penyertaan pembentangan makalah dan pertandingan inovasi. Pembentangan makalah atau kertas kerja adalah pembentangan hasil penyelidikan dalam PdP atau pembangunan inovasi PdP. Manakala pertandingan inovasi adalah pertandingan video bagi inovasi dalam PdP yang ingin dipertandingkan.

Pakej B1 adalah pembentangan kertas kerja atau makalah hasil penyelidikan dalam PdP atau pembangunan inovasi PdP.
Pakej B2 adalah pertandingan inovasi PdP. Peserta akan membentang secara bicara tuntas dalam pertandingan inovasi.
Pakej C adalah pertandingan inovasi PdP yang dibuka kepada pelajar universiti dan pelajar sekolah.
Pakej D adalah penyertaan kepada peserta biasa yang tidak membentang. Peserta biasa boleh menyertai semua aktiviti sepanjang acara berlangsung.




Untuk penyertaan Pertandingan Inovasi, adakah setelah abstrak dihantar dan menerima makluman penerimaan daripada pihak sekretariat, baru saya menghantar 3 minit video?


Untuk penyertaan Pertandingan Inovasi, tiada makluman penerimaan abstrak dihantar
kepada peserta yang telah mendaftar. Oleh itu peserta diminta untuk menghantar
abstrak dengan maksimum 300 patah perkataan dan video berdurasi 3 minit sebelum
31 Julai 2021 melalui aplikasi kNovasi untuk layak bertanding.




Saya telah mendaftar dan menghantar penyertaan. Bagaimana boleh saya menyemak penyertaan saya?


Setiap peserta yang telah mendaftar ke kNovasi2021 menggunakan aplikasi kNovasi2021 boleh menyemak pendaftaran dan penyertaan masing-masing di menu My kNovasi. Pendaftaran diperoleh melalui tab ‘Registration’ dan penghantaran penyertaan boleh diperoleh di bahagian ‘Submissions’.




Di dalam kategori pelajar, berapakah jumlah maksimum bagi ahli kumpulan?


Tiada had kepada jumlah ahli kumpulan bagi penyertaan dalam kNovasi2021.




Dalam penyertaan pelajar, bolehkan ahli kumpulan terdiri dari cikgu/pensyarah?


Dalam satu kumpulan pelajar, ahli kumpulan boleh terdiri dari cikgu/pensyarah bersama-sama pelajar yang lain. Walau bagaimanapun hanya pelajar sahaja yang dibenarkan membentang atau sebagai pembicara tuntas.




Bagaimana boleh saya dapatkan nombor bendahari untuk melakukan pembayaran?


Pendaftaran adalah melalui aplikasi kNovasi2021. Peserta perlu muat turun aplikasi kNovasi terlebih dahulu dan isi SEMUA maklumat berkaitan di dalam borang pendaftaran. Klik menu ‘Registration’, dan klik tab ‘Register Now!’. Kemudian untuk melakukan bayaran, pilih payment options - Payment by Institution (LO) dan isikan maklumat/bukti yang diperlukan. No akaun Bendaharai UKM akan muncul.




Bolehkah saya menghantar abstrak panjang dahulu sebelum mendaftar?


Peserta boleh menghantar abstrak panjang dahulu sebelum melakukan pendaftaran.
Penghantaran abstrak panjang perlu dilakukan menggunakan aplikasi kNovasi2021.




Adakah template abstrak disediakan?


Template abstrak untuk Pertandingan Inovasi dan abstrak panjang bagi Pembentangan
Kertas Kerja boleh diperoleh di dalam kNovasi apps seperti berikut:

Pertandingan Inovasi
Dari Homepage > Categories > Innovation Competition > Abstract Template.
Pembentangan Kertas Kerja
Dari Homepage > Categories > Research Papers > Template.




Saya adalah warga UKM. Bagaimana cara pendaftaran dan pembayaran menggunakan dana geran?


Semua penyertaan dari dalam dan luar UKM perlu mendaftar menggunakan aplikasi kNovasi2021. Peserta dari dalam UKM boleh membayar yuran penyertaan menggunakan dana geran melalui borang caj antara jabatan. Peserta perlu mengisi SEMUA maklumat di dalam borang pendaftaran dengan memilih menu ‘Registration’ dan klik ‘Register Now!’. Di bahagian pilihan pembayaran, terdapat dua pilihan iaitu Bank Transfer dan Payment by Institution (LO). Pilih Payment by Institution dan peserta wajib melampirkan borang caj antara jabatan yang telah siap diisi. Borang caj antara jabatan boleh diperoleh dari laman sesawang kNovasi2021.




Saya peserta dari UKM. Untuk pembayaran, apakah bukti pembayaran yang diperlukan?


Bagi peserta UKM, pembayaran menggunakan caj antara jabatan memerlukan borang caj antara jabatan yang telah disahkan sebagai bukti dokumen yang perlu dimuat naik.




Saya peserta dari luar UKM. Untuk pembayaran, apakah bukti pembayaran yang diperlukan?


Bagi peserta luar UKM, pembayaran menggunakan LO yang telah disahkan atau dokumen pembayaran dari institusi masing-masing sebagai bukti dokumen yang perlu dimuat naik. Pihak sekretariat akan menguruskan proses seterusnya.




Saya ingin menghantar penyertaan bagi dua makalah dan satu inovasi, bagaimana pakej yang patut saya pilih?


Jika penyertaan dari penama yang sama, maka peserta boleh pilih Pakej A dan B1 dan membayar yuran penyertaan mengikut pakej tersebut.




Adakah setelah saya mendaftar saya akan menerima emel pengesahan pendaftaran?


Bagi peserta yang telah mendaftar, tiada emel yang akan diterima dari pihak sekretariat. Pendaftaran yang telah berjaya boleh disemak di menu My kNovasi.




Saya merupakan seorang daripada ahli kumpulan penyelidikan. Ketua Projek saya telah mendaftar untuk penyertaan. Saya juga ingin hadir untuk menyokong pembentangan Ketua Projek saya. Bolehkah saya hadir tanpa mendaftar?


Semua peserta yang ingin menghadiri kNovasi2021 samada sebagai pembentang atau menyokong pembentangan perlu mendaftar dan membayar yuran penyertaan. Walau bagaimanapun, ‘penyokong’ boleh mendaftar sebagai Peserta Biasa dan mempunyai akses ke semua acara kNovasi2021 secara percuma.




Saya telah mendaftar. Bagaimana saya boleh menghadiri acara kNovasi 2021 pada 17 dan 18 Ogos 2021 nanti?


Semua peserta yang telah mendaftar dalam aplikasi kNovasi2021 akan menggunakan emel yang sama ketika pendaftaran. Pada hari acara iaitu 17 Ogos 2021, peserta hanya boleh mengakses semua acara menggunakan emel yang sama ketika pendaftaran. Emel yang lain tidak boleh mengakses kNovasi2021. Oleh itu, semua peserta dinasihatkan untuk menyimpan emel yang telah didaftarkan untuk mengelak sebarang kesulitan untuk mengakses acara kNovasi2021.




Saya telah mengakses acara kNovasi 2021 pada 17 Ogos pagi. Saya telah log keluar dari aplikasi kNovasi2021. Bolehkah saya mengakses semula aplikasi kNovasi2021 pada waktu petang 17 Ogos?


Semua peserta yang telah mendaftar menggunakan emel yang sama boleh mengakses semua acara melalui aplikasi kNovasi2021 pada bila-bila masa sahaja.




Saya telah mendaftar masuk dalam aplikasi kNovasi2021 di telefon pintar saya. Bolehkah saya log masuk di komputer riba pada masa yang sama?


Peserta boleh log masuk ke dalam aplikasi kNovasi2021 melalui telefon pintar dan komputer riba pada masa yang sama menggunakan emel yang sama.




Saya telah menghantar video tetapi saya ingin menghantar semula video versi yang telah diedit. Adakah saya perlu mengemel sekretariat dan menghantar video baru saya?


Bagi peserta yang telah menghantar video/abstrak/abstrak panjang tetapi ingin menghantar semula penyertaan kerana terdapat perubahan, maka peserta hanya perlu menghantar semula video/abstrak/abstrak panjang yang telah dibaiki atau mengedit penyertaan melalui aplikasi kNovasi2021 SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN.




Saya adalah peserta pembentangan makalah dan saya akan membentang secara langsung pada 18 Ogos 2021. Saya risau capaian Internet saya yang kurang baik. Bolehkah saya merekod pembentangan saya?


Bagi peserta pembentang makalah, semua peserta akan membentang secara langsung
pada 18 Ogos 2021. Walau bagaimanapun, pihak penganjur tiada halangan jika peserta ingin menyediakan pembentangan video sebagai persediaan sokongan pembentangan. Pihak penganjur memhon peserta terlibat untuk menghantar rakaman video tersebut secepat mungkin dengan menyimpan video tersebut did alam google drive dan dihantar pautan video melalui kNovasi2021.




Saya ingin menghantar video bagi Pertandingan Inovasi yang telah dibaiki di dalam aplikasi kNovasi2021 selepas tarikh tutup penyertaan tetapi saya tidak boleh berbuat demikian. Boleh bantu saya?


Peserta hanya boleh menghantar semula penyertaan video bagi Pertandingan Inovasi paling lewat pada jam 11.59 malam pada tarikh tutup. Selepas tarikh tersebut, sistem akan dikunci untuk persediaan muat naik video di dalam YouTube untuk proses seterusnya. Pihak sekretariat memohon maaf kerana persediaan pembentangan/bicara tuntas perlu dilakukan.




Saya ingin mendaftar sebagai peserta biasa. Apakah acara yang boleh saya sertai?


Pakej Peserta Biasa boleh mendapat akses kepada semua acara di kNovasi 2021 pada 17 dan 18 Ogos 2021, iaitu menghadiri sesi Pengucap Utama 1 dan 2 pada kedua-dua hari acara, semua sesi Pertandingan Inovasi dan Pembentangan Makalah, sesi Forum, ruang pameran penaja dan bengkel pada 16 Ogos 2021. Peserta juga akan memperoleh sijil penyertaan yang boleh didapati dari aplikasi kNovasi2021.




Saya ingin menyertai bengkel kNovasi 2021. Adakah saya perlu mendaftar dan membayar?


Semua peserta perlu mendaftar penyertaan melalui aplikasi kNovasi2021 termasuk penyertaan bengkel. Penyertaan bengkel adalah percuma bagi semua peserta kNovasi 2021. Jika peserta tidak berminat untuk membengtang makalah atau menyertai pertandingan video, maka peserta hanya perlu mendaftar sebagai Peserta Biasa sahaja.




Bagaimana saya boleh mengetahui keputusan pertandingan inovasi?


Keputusan pertandingan inovasi dan pemenang pembentangan makalah akan diumumkan di acara Penutup kNovasi pada 18 Ogos 2021 jam 4 petang. Walau bagaimanapun, keputusan juga boleh diperoleh di aplikasi kNovasi2021.




Bagaimana saya boleh memperoleh sijil penyertaan?


Setiap penyertaan kNovasi 2021 diberikan e-sijil. Peserta boleh memperoleh e-sijil penyertaan di aplikasi kNovasi2021.




Nama saya muncul sebagai seorang daripada pemenang acara pertandingan inovasi. Bagaimana saya boleh memperoleh pingat kemenangan saya?


Pingat kemenangan bagi acara pertandingan inovasi akan dipos kepada pemenang mengikut alamat yang telah didaftarkan. Oleh itu, mohon kerjasama semua peserta memberi alamat lengkap untuk urusan penghantaran pingat.




Saya ingin menghadiri pembentangan peserta dari sesi lain. Bagaimana saya boleh menyertainya?


Atur cara kNovasi 2021 boleh diperoleh dari aplikasi kNovasi2021. Peserta hanya klik sahaja sesi selari yang ingin dihadiri dan peserta akan ‘masuk’ ke ‘bilik’ sesi selari tersebut.




Saya merasa risau untuk membentang kerana tidak pasti kelancaran capaian Internet di rumah saya. Apa yang perlu saya lakukan?


Semua peserta pembentangan makalah dan pertandingan inovasi akan dijemput menghadiri sesi raptai (dry run) seminggu sebelum hari acara iaitu 17 Ogos 2021.




Saya ingin memberi maklum balas acara kNovasi2021. Apakah ruang yang disediakan?


Borang maklumbalas kNovasi 2021 disediakan dalam aplikasi kNovasi2021. Peserta boleh mengisi borang tersebut untuk memberi sebarang komen dan cadangan.




Saya ingin mendaftar bengkel pra-kNovasi2021. Adakah ia dikenakan bayaran?


Semua acara kNovasi 2021 termasuk bengkel pra-kNovasi2021 adalah PERCUMA kepada SEMUA PESERTA kNovasi2021.




Saya ingin mendaftar bengkel pra-kNovasi2021 tetapi tidak menyertai Pertandingan Inovasi dan Pembentangan Makalah. Adakah ia dikenakan bayaran?


Peserta PERLU mendaftar sebagai Peserta Biasa dengan yuran sebanyak RM100 jika tidak menyertai sebarang Pertandingan Inovasi dan Pembentangan Makalah. Setelah mendaftar, peserta kNovasi 2021 boleh mengakses semua acara kNovasi2021 secara PERCUMA.




Saya telah mendaftar dalam kNovasi dan ingin mendaftar bengkel pra kNovasi2021. Bagaimana melakukan pendaftaran?


Peserta yang telah mendaftar dalam kNovasi2021 apps boleh mendaftar bengkel melalui kNovasi2021 apps. Di bahagian bawah skrin pilihan menu terdapat icon Bengkel. Klik pada icon bengkel dan paparan gambar fasilitator bengkel muncul. Skrol ke bawah terdapat butang ‘Sila pilih bengkel di sini’. Kemudian paparan pilihan slot bengkel muncul. Peserta boleh memilih bengkel yang ingin dihadiri dengan tick pada kotak checkbox dan tekan butang ‘Submit’. Untuk menyemak bengkel yang telah didaftar, klik icon My kNovasi di bahagian bawah skrin pada pilihan menu. Paparan semua aktiviti termasuk bengkel yang telah dipilih muncul.




Saya belum mendaftar sebagai peserta kNovasi tetapi ingin mendaftar bengkel pra-kNovasi2021. Bagaimana melakukan pendaftaran?


Peserta yang belum mendaftar dalam kNovasi2021 apps boleh mendaftar sekaligus sebagai Peserta Biasa dan peserta bengkel melalui kNovasi2021 apps. Di bahagian bawah skrin pilihan menu terdapat icon Bengkel. Klik pada icon bengkel dan paparan gambar fasilitator bengkel muncul. Skrol ke bawah terdapat butang ‘Daftar di sini’. Masukkan maklumat diri peserta dan peserta boleh memilih bengkel yang ingin dihadiri dengan tick pada kotak checkbox yang sesuai. Bayaran yuran sebanyak RM100.00 perlu dibuat dan masukkan bukti bayaran, dan tekan butang ‘’ di sebelah atas kanan untuk mengesahkan pendaftaran bengkel. Untuk menyemak bengkel yang telah didaftar, klik icon My kNovasi di bahagian bawah skrin pada pilihan menu. Paparan semua aktiviti termasuk bengkel yang telah dipilih muncul.




Saya telah menghantar abstrak panjang melalui aplikasi kNovasi2021. Walau bagaimanapun, terdapat penambahbaikan di dalam abstrak tersebut. Perlukah saya menghantar semula submission?


Peserta yang telah melakukan submission melalui kNovasi2021 apps boleh meengedit penghantaran masing-masing. Peserta boleh klik di menu My kNovasi, pilihan submission yang ingin diedit, klik submissiontersebut dan di bahagian kanan atas terdapat icon pen. Klik icon pen dan submission baru boleh dilakukan. Untuk makluman, abstrak TIDAK BOLEH DIUBAH (nama pengarang, tajuk dan isi kandungannya) selepas tarikh akhir penyerahan abstrak.