

Saya bersetuju dengan Terma & Syarat. Segala pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan
Your registration has been submitted !
Terdapat masalah pada permohonan ini.
Your content has been submitted
Heading 2
An error occurred. Try again later
Complete all the fill provided
DISCLAIMER : This data and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of The National University of Malaysia (UKM) shall be understood as neither given nor endorsed by any of the aforementioned.

Portfolio Penilaian Sendiri untuk Audit Dalaman
Portfolio Penilaian Sendiri untuk Audit Dalaman


Pembentangan Makalah PdP dalam
kNovasi2021

JADUAL PEMBENTANGAN MAKALAH
18 OGOS 2021
Prosiding kNovasi2021
A. Garis Panduan dan Penerimaan Abstrak Panjang
​
-
Untuk setiap abstrak panjang yang dihantar, satu bidang sub-tema yang paling tepat menggambarkan sumbangan makalah mesti dinyatakan. Jawatankuasa Saintifik berhak menetapkan kategori tematik yang diperlukan.
-
Semua abstrak panjang akan diselaraskan dan disemak oleh Jawatankuasa Saintifik.
-
Hanya karya asli yang belum diterbitkan atau diterima untuk pembentangan di persidangan lain akan diterima.
-
Abstrak panjang mesti mengikut format templat yang diberikan dan dalam fail Word. Setiap abstrak panjang mesti mengandungi Abstrak, Kata Kunci, Pengenalan, Hasil dan Perbincangan, Kesimpulan
-
Abstrak panjang mesti selari dengan tema persidangan.
B. Garis Panduan Penyerahan Abstrak Panjang
​
-
Abstrak panjang ditulis dalam 2-4 halaman.
-
Tajuk adalah ringkas dan jelas menunjukkan isi kandungan abstrak panjang.
-
Abstrak panjang boleh ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.
-
Gunakan singkatan dan simbol standard. Penggunaan singkatan dicadangkan pada jumlah yang minimum dan setiap singkatan ditakrif dahulu untuk pertama kali sebelum ia digunakan. Rajah atau jadual harus mengikut Gaya UKM dan rujukan harus mengikuti Gaya APA seperti dalam templat.
-
Abstrak ditulis dalam Word, disemak ejaan dan tatabahasa dengan teliti, dan dihantar melalui aplikasi kNovasi2021. Pilih sub-tema yang sesuai. Subtema boleh diperoleh dalam aplikasi kNovasi2021 dan laman sesawang kNovasi2021. Abstrak tidak boleh diubah (nama pengarang, tajuk dan isi kandungannya) setelah tarikh akhir penyerahan abstrak.
-
Pengarang bagi abstrak yang telah diterima dijemput untuk membentangkan kajian mereka secara dalam talian sebagai persembahan lisan.
-
Pengarang boleh menyemak jadual pembentangan setelah penjadualan selesai, selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh persidangan.
-
Setiap abstrak panjang mesti mengandungi:
o Tajuk
o Abstrak
o Kata kunci
o Pengenalan
o Hasil dan Perbincangan
o Kesimpulan
-
Semua abstrak panjang akan diterbitkan dalam Prosiding kNovasi 2021.
Abstrak panjang perlu dihantar melalui aplikasi kNovasi2021 selewat-lewatnya pada 16 Julai 2021.
​
Muat turun Template Abstrak Panjang
​
Templat abstrak panjang juga boleh diperoleh di laman sesawang kNovasi2021 dan aplikasi
kNovasi2021.
C. Pemakluman Penerimaan Abstrak Panjang
Pengarang akan dimaklumkan penerimaan abstrak paling lewat seminggu selepas
tarikh tutup penyerahan abstrak, iaitu pada 23 Julai 2021.
D. Kertas Kerja Penuh
-
Pengarang bagi abstrak panjang yang telah diterima, dijemput untuk menghantar kertas kerja penuh menggunakan templat kertas kerja penuh selewat-lewatnya pada 23 Julai 2021. Penghantaran kertas kerja penuh adalah satu pilihan dan ia akan disemak secara setara (blind reviewed). Makalah terpilih akan diterbitkan dalam jurnal AJTLHE atau jurnal berindeks Scopus, ESCI, MyCite atau sebagai bab dalam buku.
-
Kertas kerja penuh mesti dihantar melalui aplikasi kNovasi2021.
E. Sesi Raptai bersama Pembentang
-
Semua pembentang akan dijemput dalam sesi raptai seminggu sebelum persidangan untuk menyemak kebolehcapaian sambungan Internet di lokasi yang sama pembentangan akan dilakukan. Perlu diingatkan bahawa lokasi sesi raptai MESTI sama dengan lokasi pembentangan pada hari persidangan.
-
Sekiranya pembentang tidak yakin dengan kestabilan Internet di tempat masingmasing, pembentang boleh menyediakan rakaman pembentangan sebagai
sokongan, simpan di google drive dan kongsi pautan dalam google drive di aplikasi kNovasi2021. Pembentang perlu menghantar fail sokongan melalui aplikasi kNovasi2021 atau hantar pautan tersebut ke e-mel urusetia di
knovasi2021@ukm.edu.my. Mohon pembentang gunakan no. pendaftaran rujukan dalam urusan emel. -
Pembentangan akan dilakukan di pelantar Webex. Semua pembentang akan
diberikan manual untuk memuat naik aplikasi Webex tidak lama lagi.
F. Terma dan Syarat
-
Pembentang mesti mendaftar selewat-lewatnya pada 23 Julai 2021.
-
Kegagalan untuk mendaftar boleh mengakibatkan kertas kerja dikeluarkan dari program Persidangan dan jika pembayaran telah dilakukan, ia tidak dapat
dikembalikan. -
Penganjur Persidangan berhak menyusun kertas kerja yang diterima ke dalam sesi selari yang dirasakan sesuai dengan objektif Persidangan.
-
Keputusan penganjur Persidangan adalah muktamad.