Knovasi | AKTIV UKM

Hubungi  I   Kualiti   I   Misi & Visi  I  UKM  I  Unit Kreatif   I  Bantuan  I  Carta  I  Artikel I  Direktori

Dibangunkan oleh Pengajaran UKM. Copyright © 2018 Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Penafian : Sepanjang melayari laman web ini, anda boleh terpaut dengan lain-lain laman web yang bukan di bawah kawalan PENGAJARAN-UKM tiada kawalan terhadap isi, jenis dan ketersediaan laman web berkenaan.  Pautan tertera dan tersedia tidak seharusnya memberi andaian sebagai suatu syor galakan atau pengesahan kepada pandangan yang terungkap.

kNOVASI 

 

kNovasi 2020 yang dianjurkan bagi kali yang ke-6, julung kali menawarkan penyertaan kepada institusi di peringkat antarabangsa selain penglibatan peserta IPTA dan IPTS. kNovasi 2020 juga menggalakkan penulisan kertas kerja bertujuan meningkatkan penerbitan di dalam bidang P&P. Pertandingan Inovasi P&P dianjurkan sebagai memenuhi permintaan daripada warga akademik dan ia berjaya menarik penglibatan warga akademik dari pelbagai peringkat dan kategori institusi pendidikan di Malaysia termasuk daripada Sabah dan Sarawak. Antara institusi yang terlibat dalam mengetengahkan hasil inovasi masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah sekolah, kolej komuniti, politeknik, institut perguruan, institut kemahiran serta institusi pengajian tinggi swasta.

Objektif

1. Berkongsi dan menyebarluaskan penyelidikan dan inovasi P&P
2. Wadah produk dan inovasi P&P untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan

Tema Kategori

i. Pembentangan Kertas Kerja
ii. Pertandingan Inovasi


Sub-tema:
a. Pengajaran Reflektif (Reflective Teaching)
b. Pembelajaran Aktif (Active Learning)
c. Pentaksiran Alternatif (Alternative Assessment)

Panggilan Penyertaan :


Jawatankuasa penganjur menjemput semua kertas kerja Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan produk atau inovasi yang berkaitan dengan P&P di dalam Pertandingan Inovasi P&P.


1. Panggilan Kertas Kerja
Semua kertas kerja mestilah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan atau seminar. Kertas kerja tersebut adalah dialu-alukan namun tidak terhad kepada:

 

  1. Pengajaran Reflektif

  2. Pembelajaran Aktif

  3. Pentaksiran Alternatif


Kertas kerja terpilih akan dijemput untuk dipanjangkan serta akan diterbitkan dalam jurnal berindeks seperti ESCI, Scopus dan MyCite. Manakala, lain-lain kertas kerja akan dijemput untuk dipanjangkan sebagai bab dalam buku dan diterbitkan oleh Penerbit UKM.


2. Pertandingan Inovasi
Semua peserta daripada universiti / kolej / sekolah / pihak industri adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Inovasi yang dibuka mengikut kategori berikut:

 

  1. Pengajaran Reflektif

  2. Pembelajaran Aktif

  3. Pentaksiran Alternatif


Peserta daripada sekolah yang berumur 7 hingga 17 tahun dijemput untuk menyertai pertandingan “The Young Digital Innovator” yang akan ditaja oleh pihak Apple.
Semua penyertaan Pertandingan Inovasi akan dimuatkan di dalam majalah dan akan diterbitkan.
Hadiah menarik seperti wang tunai, pingat dan sijil menanti semua pemenangdalam setiap kategori Pertandingan Inovasi P&P.

Garis Panduan Penghantaran


1. Kertas Kerja
Peserta perlu menyediakan empat (4) muka surat abstrak panjang mengikut templat yang disediakan. Kertas kerja perlu dihantar dalam bentuk Microsoft Word sahaja.


2. Pertandingan Inovasi

Peserta perlu menyediakan abstrak pendek maksimum 300 patah perkataan, video berdurasi selama dua (2) minit, dan beberapa keping gambar berkaitan produk dan inovasi yang beresolusi tinggi.


 

Arahan Pembentangan

1. Pembentangan Oral
Penyampaian pembentangan oral adalah selama 10 minit dan 5 minit sesi soal jawab. Kertas kerja tersebut mestilah dibentang oleh penulis atau seorang daripada penulis. Peralatan pembentangan akan disediakan oleh jawatankuasa penganjur (sistem Window dan Power Point). Peserta diwajibkan untuk menghantar salinan pembentangan kepada urus setia semasa pendaftaran.

2. Pembentangan Video
Video berdurasi dua (2) minit yang dihantar oleh peserta akan dimainkan dan kemudian proses penjurian akan dilakukan selama tiga (3) minit oleh panel juri. Peserta boleh membawa produk fizikal (jika ada) ketika pembentangan.


Seorang wakil kumpulan inovasi perlu hadir dan menjawab soalan pihak juri.


Selain itu, video peserta juga akan dimainkan sepanjang kNOVASI
berlangsung.

 
 
 
 

KATEGORI PEMBENTANG KERTAS KERJA 

RM 7oo

  • 1x sijil penyertaan

  • 2 hari akses ke pertandingan inovasi

  • 3x kudapan dan 1x makan tengahari untuk 2 hari bagi seorang

  • Jaringan

KATEGORI PERTANDINGAN INOVASI 

RM 700

KATEGORI PEMBENTANG KERTAS KERJA DAN PERTANDINGAN INOVASI 

RM 1000

Sila Daftar Sekarang!

  • 1x sijil penyertaan

  • 1x pingat

  • 2 hari akses ke perkongsian pembentangan kertas kerja

  • 3x kudapan dan 1x makan tengahari untuk 2 hari bagi seorang

  • Jaringan

  • 1x sijil penyertaan pembentangan kertas kerja

  • 1x sijil penyertaan pertandingan inovasi

  • 1x pingat

  • 2 hari akses ke perkongsian pembentangan kertas kerja dan pertandingan inovasi

  • 3x kudapan dan 1x makan tengahari untuk 2 hari bagi seorang

  • Jaringan

PESERTA BIASA

RM 500

  • 1x sijil penyertaan

  • 2 hari akses ke perkongsian pembentangan kertas kerja dan pertandingan inovasi

  • 3x kudapan dan 1x makan tengahari untuk 2 hari bagi seorang

  • Jaringan

Cara Mudah Pendaftaran

1

2

Sila buat pilihan mengenai pakej dan salah satu kategori yang berkaitan

3

Sila isi kesemua ruangan yang disediakan dan klik butang submit permohonan anda 

Jika maklumat anda berjaya dihantar notifikasi maklumat tersebut akan di hantar melalui email anda

Powered by