kNOVASI 

Kongres dan Pertandingan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) adalah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, UKM bermula 2009. Sejak ia dianjurkan, kNovasi telah menarik minat ramai penyelidik dan inovator dari peserta institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri.

Dalam kNovasi 2020, lebih 250 makalah serta inovasi telah diterima dan banyak makalah telah diterbitkan dalam jurnal berindeks dan sebuah buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM serta beberapa makalah lain berada dalam proses penerbitan. Sementara itu, produk dan inovasi PdP yang telah dipertandingkan telah disebarluaskan di seluruh Malaysia dalam empat siri Majalah kNovasi.

Tema

"Evolusi ke Arah Pembelajaran Tanpa Sempadan: Langkah Kehadapan"

Objektif

Objektif kNovasi 2021 adalah untuk

  1. Berkongsi dan menyebarluaskan penyelidikan dan inovasi dalam bidang PdP

  2. Dijadikan wadah untuk mempamerkan produk dan inovasi dalam bidang PdP untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan

photo_2021-05-24_17-38-21.jpg
White Background
knovasi-2021-jumbo-banner-black.png
Pakej Pendaftaran
 

 

Senarai Semak Nama Fail e-Sijil

 

Senarai Semak Nama Fail e-Sijil

presentation-1.png

Kategori

Terdapat dua kategori dibuka dengan sub-tema berikut:

 

  1. Pembentangan Kertas Kerja

  2. Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi


Sub-tema:
 

  1. Teknologi Memuncul dalam Pembelajaran tanpa Sempadan

  2. Penilaian dan Pentaksiran Alternatif/Programmatik

  3. Kebolehlenturan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  4. Cabaran Pembelajaran Global dalam Pendidikan 

  5. Pembelajaran Inter-Profesional

Pakej

Pakej yang ditawarkan dalam kNovasi 2021 adalah
 

  1. Pembentangan Kertas Kerja

  2. Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

  3. Pembentangan Kertas Kerja dan Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

  4. Pelajar UKM dan pelajar sekolah/Peserta Biasa

Panggilan Penyertaan

Jawatan kuasa penganjur mengalu-alukan makalah hasil penyelidikan dan inovasi baharu dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran di bawah dua kategori berikut:

Panggilan Pembentangan Makalah Penyelidikan

Semua makalah mestilah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana persidangan. Makalah tersebut adalah dialu-alukan namun tidak terhad kepada sub-tema berikut:

 

i. Teknologi Memuncul dalam Pembelajaran tanpa Sempadan
ii. Penilaian dan Pentaksiran Alternatif/Programatik
iii. Kebolehlenturan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
iv. Cabaran Pembelajaran Global dalam Pendidikan 
v. Pembelajaran Inter-Profesional

 

Makalah terpilih akan dijemput untuk dipanjangkan yang akan diterbitkan dalam jurnal berindeks seperti ESCI, Scopus dan MyCite. Manakala, lain-lain makalah akan dijemput untuk dipanjangkan sebagai bab dalam buku yang diterbitkan oleh Penerbit UKM.

Bicara Tuntas dalam Pertandingan

Semua peserta dari institusi pendidikan tinggi, sekolah dan pihak industri adalah dijemput untuk menyertai Pertandingan Inovasi yang dibuka mengikut kategori berikut:

 

i. Teknologi Memuncul dalam Pembelajaran tanpa Sempadan
ii. Penilaian dan Pentaksiran Alternatif/Programatik
iii. Kebolehlenturan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
iv. Cabaran Pembelajaran Global dalam Pendidikan 
v. Pembelajaran Inter-Profesional

 

Abstrak dan video dari penyertaan Pertandingan Inovasi dijemput untuk dimuatkan di dalam e-majalah kNovasi yang diterbitkan setiap suku tahunan.

 

Hadiah menarik seperti wang tunai, pingat dan sijil menanti semua pemenang dalam setiap kategori Pertandingan Inovasi P&P.

Untuk pendaftaran dan pembayaran yuran penyertaan kNovasi2021, muat turun aplikasi kNovasi2021.

 
 

Tarikh Penting

Pembentangan Makalah

 

Tarikh akhir pendaftaran                                          30 Jun 2021

Tarikh akhir penghantaran abstrak panjang         30 Jun 2021

Pemakluman penerimaan abstrak panjang         07 Julai 2021

Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh     23 Julai 2021

Tarikh tutup bayaran                                                 30 Jun  2021

Bicara Tuntas dalam Pertandingan Inovasi

 

 

Tarikh tutup penghantaran abstrak                  30Jun 2021

Tarikh tutup penghantarantiga minit video     31 Julai 2021

Tarikh tutup bayaran                                           30 Julai 2021

Bayaran Pendaftaran:

 

  1. Pembentangan Kertas Kerja dan Pertandingan Inovasi: RM500 / USD125

  2. Pembentangan Kertas Kerja atau Pertandingan Inovasi: RM300 / USD75

  3. Penyertaan Pelajar (Pertandingan Inovasi Pembelajaran): RM100 / USD25

  4. Peserta biasa: RM100 / USD25