Pentaksiran dalam Talian

Pentaksiran dalam talian di UKM boleh dilakukan dengan penilaian secara berterusan atau dengan pelaksanaan penilaian akhir. Kedua-dua pendekatan pentaksiran ini boleh dilakukan dengan UKMFolio. Penilaian secara berterusan boleh dilakukan di UKMFolio dengan menggunakan fitur seperti "forum" dan "assignment." Penilaian akhir pula boleh dilakukan dengan melaksanakan peperiksaan akhir dalam talian dengan menggunakan fitur "quiz."

Jom mula mentaksir dengan merujuk Pengenalan Pelan Pentaksiran dalam Talian! 

PDPT.jpg

Panduan Peperiksaan dalam Talian dengan UKMFolio

Cover PANDUAN.png

Dokumen Panduan Peperiksaan Dalam Talian dengan UKMFolio boleh dimuatturun di bawah

PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan akhir dalam talian boleh dilaksanakan dengan menggunakan fitur "quiz dalam talian. Pemarkahan dan pembangunan rubrik dalam talian juga dapat dilakukan di UKMFolio bagi pelaksanaan pentaksiran dalam talian secara sumatif. 

Jom gunakan UKMFolio untuk peperiksaan akhir dalam talian dengan fitur "quiz"

Dapatkan "tips" bagi pemarkahan dan pembangunan rubrik dalam talian di UKMFolio

PEnilaian berterusan

Penilaian berterusan dalam talian boleh dilakukan di UKMFolio dengan menggunakan fitur seperti "assignment" bagi tugasan dalam talian, "forum" bagi perbincangan dalam talian, dan "chat" bagi perbincangan dalam talian secara segerak.

Jom gunakan UKMFolio untuk penilaian berterusan

AktivUKM Thumbnail - Penilaian Berterusa

Dapatkan "tips" bagi pengurusan kumpulan (grouping) di UKMFolio

AktivUKM Thumbnail - grouping .png

Hubungi  I   Misi & Visi  I  UKM  I  Unit Kreatif   I  Bantuan  I  Carta  I  eJournal /AJTLHE 

Dibangunkan oleh Pengajaran UKM. Copyright © 2018 Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Penafian : Sepanjang melayari laman web ini, anda boleh terpaut dengan lain-lain laman web yang bukan di bawah kawalan PENGAJARAN-UKM tiada kawalan terhadap isi, jenis dan ketersediaan laman web berkenaan.  Pautan tertera dan tersedia tidak seharusnya memberi andaian sebagai suatu syor galakan atau pengesahan kepada pandangan yang terungkap.