
Pengajaran boleh dilaksanakan menggunakan media di atas talian seperti live Youtube, live Facebook, Skype, Microsoft Team atau alat persidangan web lain yang bersesuaian. Sebagai alternatif, anda juga boleh menyampaikan pengajaran dalam talian menggunakan pra-rakaman anda sendiri atau video yang diperolehi daripada Youtube
Untuk ahli fakulti dan pelajar lain, mohon untuk bersiap sedia menggunakan mod pengajaran dan pembelajaran secara eLearning di mana semua aktiviti pembelajaran (penghantaran kandungan kuliah, interaksi, penilaian dan lain-lain) harus dilakukan di dalam UKMFolio atau aplikasi dalam talian lain yang bersesuaian.